Tuesday, January 12, 2010

Kisah seorang budak kecil

Pada suatu malam,selepas waktu Isya'.Seorang budak kecil sedang duduk bersila di atas lantai papan.Bersamanya ialah seorang lelaki tua dalam lingkungan 60 tahun.Budak kecil itu baru selesai mengaji sambil ditemani datuknya.

Selesai mengaji,datuknya meminta dia mengambil sebatang lilin,lalu disuruhnya menyalakan api pada lilin tersebut.Setelah dinyalakan apinya,datuknya berkata "suakan tanganmu pada api itu".
Budak kecil itu terkejut lalu berkata "mengapa tok?".Jawab datuknya pula "suakan saja tanganmu pada api lilin itu".Budak kecil tersebut berkata "tak mahu,takutlah tok.panas!".Datuknya tersenyum lalu berkata "lihat,jika api sekecil ini pun kamu dah takut,apa lagi api neraka?".
Budak tersebut terkebil-kebil mendengar kata-kata datuknya.
Continue Reading...

Mahram Bagi Seorang Lelaki

1.Ibu kandung ataupun ibu tiri
2.Anak-anak perempuan
3.Adik-adik perempuan
4.Anak-anak saudara perempuan dari saudara lelaki dan saudara perempuan
5.Emak saudara
6.Ibu susuan
7.Adik-beradik susuan
8.Anak susuan (perempuan)
9.Emak saudara susuan
10.Bapa saudara susuan
11.Anak-anak kepada saudara susuan lelaki dan saudara susuan perempuan
12.Ibu mertua
13.Menantu perempuan
Continue Reading...

Kewajipan Kita Terhadap Jenazah

Beberapa perkara yg penting perlu kita ketahui dan laksanakan terhadap jenazah. Terdapat empat perkara yg berkaitan jenazah.Jenazah tersebut hendaklah:

1.DIMANDIKAN
2.DIKAFANKAN
3.DISOLATKAN
4.DIKUBURKAN

Keempat-empat perkara ini hukumnya fardhu kifayah bagi umat Islam,apabila si mati itu adalah beragama Islam.Namun,apabila hal ini ditinggalkan/diendahkan,maka berdosalah semua orang Islam di negeri/kawasan itu.Akan tetapi jika ada diantara mereka yg mengerjakannya,maka sekalian umat Islam di kawasan tersebut terlepas dari dosa.
Continue Reading...

Isu agama mengapa dipermainkan?

Waktu ini berbagai rintangan umat Islam lalui,sama ada kecil ataupun besar rintangan itu,ia tetap dianggap rintangan.Kadangkala kita sendiri sebagai umat Islam mengambil mudah tentang sesuatu perkara itu.Baik dari segi makna,tafsiran mahupun penelitian. Mengapa umat Islam sekarang lebih mudah mengambil sikap tidak mahu masuk campur? Ya,memang benar berdiam diri itu lebih baik dan sifat yg mulia di sisi Allah. Tapi,jika kesucian agama sendiri telah dicabar dan cuba dipermainkan,apakah kita mahu duduk berdiam diri?Saya tidak mengklasifikasikan tentang isu tersebut,tetapi biarlah tuan-tuan sendiri yg memikirkannya.Agaknya mengapa orang kita bersikap demikian?Mahu jaga kepentingan tentang sesuatu agenda kah?Apa agenda tersebut?Agak meragukan bagi sy.
Jelas dalam perlembagaan Malaysia,agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Tetapi nampaknya sekarang sudah ada yg berani mencabar ketentuan tersebut.Mengapa ini terjadi?Adakah ia berpunca dari kelemahan sistem undang-undang kita?Ataupun masyarakat bukan Islam tiada rasa hormat dan sensetiviti terhadap umat Islam?Sy rasa jawapannya boleh jadi seribu macam.Tetapi ketelusan dan kebenaran tidak terselindung,yg menjadikan ia terselindung ialah diri kita dan sikap kita sendiri.Fikirkanlah..
Continue Reading...

Monday, January 04, 2010

GARIS PANDUAN SILAT

GARIS PANDUAN SILAT

MENURUT ISLAM


1. TUJUAN



1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.



2. PENDAHULUAN



2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:


ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين

(سورة يونس : 106)



Bermaksud:



“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.





2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:



وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم

(الانفال : 61)



Bermaksud:



“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.





2.3. Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat tersebut:



(a) menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.



(b) mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin.



(c) tidak boleh meninggalkan sembahyang.



(d) Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.



(e) Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat.



2.4. Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut. Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.



2.5. Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam:





(a) Asal Usul Silat



(b) Syarat-Syarat Silat



(c) Guru Silat



(d) Ikrar Sumpah dan Taat Setia



(e) Pantang Larang



(f) Adab



(g) Gerak Langkah



(h) Amalan Dalam Silat



(i) Pengijazahkan



(j) Matlamat Silat





3. GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI



3.1. Asal-Usul Silat



3.1.1. Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:



(a) Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w.



(b) Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.



(c) Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.











3.2. Syarat-syarat Silat



3.2.1. Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka:



(a) Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.



(b) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.



(c) Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.



(d) Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.



(e) Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.



(f) Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.





3.3. Guru Silat



3.3.1. Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:





(a) mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.



(b) mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.



(c) pemecah belah masyarakat.



(d) Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.





3.3.2. Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.



3.3.3. Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.





3.4. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia



3.4.1. Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.



3.4.2. Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru. Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.



3.4.3. Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.



3.4.4. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala.



3.4.5. Di dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.







3.5. Pantang Larang



3.5.1. Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.



3.5.2. Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak menjadi.



3.5.3. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.



3.5.4. Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.





3.6. Adab



3.6.1. Adab Murid Dengan Guru:



(a) Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah.



(b) Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.



(c) Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.



(d) Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.





3.6.2. Adab Sesama Murid Seperguruan:



(a) Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.



(b) Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain.





3.6.3. Adab Murid Dengan Orang Lain





(a) Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.



(b) Seseorang murit tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.



(c) Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.





3.7. Gerak Langkah



(a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.



(b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.



(c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.



3.8. Amalan Dalam Silat



(a) Tidak boleh memuja dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.



(b) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.



(c) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.



(d) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.





3.9. Pengijazahan



(a) Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.



(b) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.





3.10. Matlamat Silat



(a) Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.



(b) Matlamat silat tidak boleh:



(i) Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.

(ii) Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.



(iii) Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.





4. PENUTUP



Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

SUMBER-JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KUALA LUMPUR
Continue Reading...

Perguruan silat diasaskan melalui daerah

Di Indonesia, pencak silat telah dipilih pada 1948 sebagai suatu istilah kesatuan untuk seni pertahan diri mereka. Ia adalah suatu kata majmuk dari dua istilah yang umumnya digunakan untuk seni pertahan diri di Indonesia. Pencak adalah istilah yang digunakan di Jawa tengah dan timur, sementara silat digunakan di Sumatera. Dalam kegunaan moden, pencak dan silat dilihat sebagai dua aspek pada amalan yang sama. Pencak adalah aspek persembahan pada seni pertahan diri, sedangkan silat adalah inti perkelahian dan seni pertahan diri.

Di Bali, dengan suatu penduduk (94%) Hindu, silat adalah suatu kuasa kesatuan dalam setiap district dan hampir setiap kampung.[perlu rujukan] Arahan rasmi mengambil tempat setiap pagi dan petang oleh satu dari dua pertubuhan: Bakti Negara dan Kertha Wisesa.

Di Malaysia, silat adalah suatu istilah yang digunakan sebagai istilah payung untuk semua seni pertahan diri Melayu. Contoh-contoh pada gaya-gaya silat di Malaysia adalah Silat Cakar Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat Pancasila, silat gayong maarifat, Silat Keris Lok Sembilan, Silat Gayung Pusaka dan Silat Lian Padukan. 1 dalam 5 orang Melayu di Malaysia mengamalkan silat.[perlu rujukan]

Di Malaysia, Perguruan Silat diberi nama mengikut masyarakat seperti Silat Minangkabau, Silat Bugis, Silat Jawa dan Silat Kerinci. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut daerah seperti Silat Gayong Fatani, Silat Gayungman Kedah, Silat Buah Pukul Mersing dan Silat Pukulan Melaka. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut tokoh seperti Silat Hang Tuah, Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat Mat Kilau dan Silat Sendeng Hj Hamid. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut motif gerak dan semanagat haiwan seperti Silat Rajawali, Silat Penyu, Silat Siamang Laut dan Silat Harimau.
Continue Reading...

Sejarah silat

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.[4] Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu.[5] Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.[6]

Silat telah diperhaluskan ke ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu apabila silat tersebar sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.[5]

Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah.[5] Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.
Continue Reading...
 
There was an error in this gadget

Mahukan produk terbaru?Klik di bawah ini!

There was an error in this gadget

Top Stories Online here!

MY SiTE

http://anakwarisanbangsa.blogspot.com Blog warisan bangsa,bincang apa sahaja mengenai warisan bangsa!
There was an error in this gadget

Perlukan clip MP3?Klik di bawah ini!

Warisan Hak Bangsa Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template