Sunday, January 03, 2010

Salam sejahtera..

Assalamualaikum hamba mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim..

Kehadiran hamba di laman blog ini adalah untuk menzahirkan yg batin dan membatinkan yg zahir agar tidak hilang dilapuk zaman.Hamba bukanlah penulis blog yg hebat mahupun tersohor.Tetapi sekadar mencuri masa untuk bertentang mata di hadapan skrin untuk meluahkan buah fikiran yg hamba rasakan ia bermanfaat kepada diri hamba mahupun sahabat sekalian.Terlebih dahulu hamba pohon kemaafan jika tulisan hamba di sini mengundang rasa tidak senang dikalangan individu ataupun kelompok tertentu.Ingin hamba tekankan di sini,kehadiran hamba bukan mencari musuh.Tetapi hamba sekadar berkongsi pendapat dan buah fikiran sesama saudara sekalian.Ibarat kata orang tua,musuh jangan dicari.Maka hamba sudah jelas akan maksudnya.Jadi, bermulalah tulisan hamba di blog hamba ini untuk tatapan sesama saudara.Sekian.

Anak ikan bermain di sungai,
Anak buaya bermain di paya,
Sahabat ketawa memanglah ramai,
Sahabat menangis sukar dijumpa.

*Jangan salah tafsir sahabat menangis bukan sahabat senang titiskan air hujannya ya.

0 comments:

Post a Comment

 

MY SiTE

http://anakwarisanbangsa.blogspot.com Blog warisan bangsa,bincang apa sahaja mengenai warisan bangsa!

Warisan Hak Bangsa Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template